soalan :Bayangkan sekarang korang adalah seorang inspektor polis yang sedang menyiasat seorang kaya ynag berumur 75 tahun telah dibunuh di rumahnya. Berdasarkan maklumat yang anda perolehi orang kaya ini seorang yang pemarah, suka memikat perempuan dan kedekut. oleh yang demikian dia tidak disukai oleh ahli keluarganya. Anda mendapati 5 orang suspek yang berkemungkinan terlibat dalam dalam kes ini. Antara 5 orang suspek ini siapakah yang berkemungkinan memmbunuh orang kaya berdasarkan soal siasat yang dicatatkan?
A. Isteri orang kaya berkata :
saya adalah isterinya. Selama ini saya sangat cintakan dia. Mustahil saya akan bunuh dia!
B.Anak angkat orang kaya berkata :
Bukan saya! walaupun saya berhutang keliling pinggang. tapi bukan saya yang membunuh ayah saya!
C.Anak luar nikah orang kaya berkata :
memang mak saya mati kerana tidak puas hati dengan ayah! tapi saya tidak akan melakukan kerja yang salah di sisi undang-undang!
D.Anak lelaki orang kaya berkata :
Ayah saya memang seorang yang teruk. Tak hairanlah sekiranya dia dibunuh. Tapi tak ada gunanya kamu mengesyaki saya sebab saya berada di luar negara pada masa itu dan saya ada alibi pada masa itu!
E. lelaki yang dikurung di rumah itu berkata : lebih baik semua orang ikut mati sekali.
Analisis :
sebenarnya naluri korang untuk menangkap suspek boleh disamakan dengan menganalisa hubungan dgn kekasih..
A : Korang ingin melarikan diri daripada hubungan yang berserabut itu. korang telah bosan dengan hubungan yang tidak dapat selamatkan lagi. Ini bermaksud korang telah bosan dengan si dia dan berniat berpisah dengannya.
B : Korang ingin melarikan diri daripada kehidupan yang terlalu terkongkong. Korang berasa amat tertekan kerana banyak perkara yang korang terpaksa lakukan bukannya mengikut kerelaan korang.
C : Korang ingin melarikan diri daripada aksih sayang yang melampau. kasih sayang si dia membuatkan korang rimas sampai tidak dapat bernafas.
D : korang ingin melarikan diri daripada pandangan masyarakat. korang telah diikat oleh moral dan pandangan masyarakat yang menyebabkan korang sangat sengsara. apa kata korang beraniakn diri untuk mencuba perkara yang ingin korang lakukan asalkan tidak menyalahi undnag-undang.
E : korang ingin melarikan diri daripada emosi yang tidak rasional. pada masa ini korang berada di dalam emosi yang tidak stabil membuat korang tidak dapat berfikir dengan waras.


Tak dapat nak pilih sebab pengalaman pasal kekasih nie 2 bulan je~ So, tak berapa pasti laa~ Macam tak kena je. Hehehe~ :P
ReplyDeleteamboi.. tak dapat pilih tp tau pula berkaitan dgn kekasih eh?? hahaha.. :D
Delete