kisah nilai kasih Ibu

Assalamualaikum....ahlan wahsahlan...


korang masih ada ibu  tak? yg masih ada ibu pernah terfikir tak suatu hari nanti korang akan ditinggalkan juga?
hari ni cengkih nak berkongsi sebuah cerita yg melibatkan diantara seorang anak & ibu ( asyik2 bercerita je ko ni, isk..isk..isk) diharap korang ambik iktibar la yer. ingat! pengorbanan seorang ibu tiada tandingnya...
.
.
.
.
.
seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyiapkan makan malam didapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. si ibu segera mengesatkan tangan di 'apron' menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya....




kos upah membantu ibu : 


tolong pergi kedai =  RM4.00
tolong jaga adik    =   Rm4.00
tolong buang sampah =  Rm1.00
tolong kemas bilik   = Rm2.00
tolong siram bunga   = Rm3.00
tolong sapu sampah   = Rm3.00


jumlah :             Rm17.00








selesai membaca si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar dimindanya, si ibu mencapai sebatang pen & mneulis sesuatu di belakang kertas yang sama...






kos mengandungkanmu selam 9 bulan :          percuma
kos berjaga malam keranamu:                  percuma
kos airmata yang menitis keranamu :          percuma
kos kerunsingan kerana membimbangkanmu :     percuma
kos menyediakn pakai & minummu :             percuma


jumlah keseluruhan kasihku :                 percuma






air mata si anak berlinangsetelah membaca apa yang dituliskan oleh si ibu. si anak menatap wajah ibu lantas memeluknya & berkata "saya sayang ibu". kemudian si anak menulis sesuatu " telah dibayar malah berhutang" ^.^




p/s : hargailah ibu kita walau bagaimanapun rupa mereka..






Terima kasih sudi baca entri kite ((n_n)) suke? klik like!

Yummy.. Yum! ....Yum!!

hai semua... ^.^
mau tanya satu yg mana satu pilihan korang?




Tat Telur?? Tat keju Blueberry?? kek COKLAT sweet??







Jgn habaq kat sapa2 noh... hehe =.= (boleh aja)
sebenarnya da lama wat pun..atas permintaan kawan, jd entri kali ni nak kongsi resepi lah..
just terasa nak makan lagi buatan jari jemariku.. ceh... hahaha!!
teringat lg saat2 membuatnye..ada saje yg tak kena.. the pastri is too thick la.. too thin la.. haha..too sweet like me la.. (hihihi..)..whatever it is.. practise make perfect! rite?


tadaaaa......


amacam?? nampak lazat tak?

mau tau mcm mana membuatnya?







Tat Keju Blueberry


Bahan-bahan Pastri : 

-125gm butter
-125 gm marjerin
-100gm gula halus
-1 biji telur
-500gm tepung biasa
-setengah sudu esen vanila
-garam


Bahan-bahan filling : 

-250gm blueberry filling atau sebuku coklat masakan



Keju Krim : 

-250gm keju krim
-50gm butter
-50gm gula halus
-sebiji telur

p/s: pukul semua bahan sehingga sebati.


Cara2 membuatnya : 

  • pukul butter, marjerin & gula sehingga kembang.
  • kemudian masukkan telur dan pukul rata..tambahkan esen vanila.
  • masukkan pula tepung sedikit demi sedikit dan kacau rata.
  • setelah adunan siap menjadi pastri, letakkan pada acuan tat & bakar pada suhu 170 c selama 12-15 minit.
  • keluarkan tat semula utk difilling dgn keju krim.
  • bakar semula selam 5-7 minit.
  • angkat tat telur dan sejukkan.






Tat Telur

Bahan-bahan Pastri : 

-125gm butter
-125 gm marjerin
-100gm gula halus
-1 biji telur
-500gm tepung biasa
-setengah sudu esen vanila
-garam


Inti Telur : 

-5 hingga 6 biji telur
-susu segar
-tepung kastard
-esen vanila
-gula halus

p/s: pukul semua bahan sehingga sebati.


Cara2 membuatnya : 


  • pukul butter, marjerin & gula sehingga kembang.
  • kemudian masukkan telur dan pukul rata..tambahkan esen vanila.
  • masukkan pula tepung sedikit demi sedikit dan kacau rata.
  • setelah adunan siap menjadi pastri, letakkan pada acuan tat & bakar pada suhu 170 c selama 12-15 minit.
  • keluarkan tat semula utk difilling dgn inti telur.
  • bakar semula selam 5-7 minit.
  • angkat tat telur dan sejukkan.








kek Coklat sweet


Bahan-bahan : 

-setengah cawan gula halus
-setengah cawan marjerin
-2 sudu besar susu pekat
-2 sudu teh serbuk penaik
-1 sudu teh esen vanila
-2 setengah cawan tepung gandum
-1 cawan serbuk koko

Cara membuatnya : 


  • mula2 pukul gula & marjerin sehingga kembang.
  • kemudian masukkan telur sebiji demi sebiji sambil terus dipukul rata.
  • tambahkan esen vanila & susu pekat.
  • masukkan pula tepung yang sudah diayak bersama serbuk penaik. gaul rata.
  • bakar dalam ketuhar sehingga masak.

p/s : anda boleh menggunakan taburan gula halus, coklat masakan atau coklat urai. Nmaun hiasannya hanya oleh digunakan setelah kek sejuk.







nah...ambik la satu... ^.^

Terima kasih sudi baca entri kite ((n_n)) suke? klik like!

TipS buang JELES kamU..

salam parmisa.. o_O

aku tau korang mesti tak suka nak baca entri yg panjnag-panjang kan???
Jap la..nak bagi tips ni wat atasi tahap  kejelesan korang tu... ngeee =D



tengoklah tips tu mana tau berguna...
.
.
.
.
.

bina konfiden diri kamu! 

"aku boleh berdikari! ya..aku pasti boleh.. mungkin lebih baik aku buat perkara berfaedah dengan kawan2...no more stress! hu.. ican do it!"
.
.
.
.
.
Give some space!!!

jgn lah nak terus2 mengongkong gf/bf kamu..

"U...boleh tak u bg I ruang sikit.. I nak duduk pun tak muat..hmmm"
hahaha.....
.
.
.
.
.
muhasabah la diri tu sikit!

jgn melihat kelemahan gf/bf anda... not nice!

"U... selalu I je yg kena kol U... u takda masa ke nak kol I?"

"U..i bukan takda masa... banyak lg 'org len" tgh tunggu panggilan i"
.
.
.
.
.
No serkap jarang, ok?

jgn lah nak main tuduh2 tanpa usul periksa...
kalu nak kol cengkih wat investigation pun takpe...haha!

"U ni da kenape? satu hari tak msj I.. U mesti kuar ngan popuan lain kan!?"

"hah! tersengih-sengih mengadap hp...dapat msj awek baru la tu"
.
.
.
.
.
Trust!!  Believe!!

tanamlah kepercayaan kat bf/gf korang...
kalau dia 'menduakan' korang, insyaAllah..korang tau..

"I akan trust u syg..asalkan U trust I..BOLEH?"
.
.
.
.
.
Be POsitive..!

ok dear? no more doubt..no more jealousy... and no more stress out!

"I kena positif ni.. tp mcm mana kalau betul apa yg dickp C polan tu..hishhhh..."

.
.
.
.
.
Jgn mudah dgr CAKAP pihak ketiga..

" kiah... aku dgr bf ko main kayu 3 kat belakang kau tau..siap peluk2 lagi."

" aku nampak bf aku main belah kayu balak kat depan aku pon tak bising2 mcm kau ni.. bawak2 lah bertaubat ye siah.."

.
.
.
.
.
Luahkan isihati anda..

kdg2..benda yg disimpan-simpan dlm hati ni not good, 
so..luahkan kapada rakan terdekat korang..ok???
atau slowly luahkan perkara yg korang tak puas hati tu kat bf/gf korang tu..

" U.. i tak suka la U rapat sgt dgn kwn popuan U tu.. kwn tu tak kisah tp kalau da sampai pegang2 tgn tu.. I geram.. "

"Mina.. aku rasa aku tgh dilanda cemburu tahap kronik..apa patut aku buat?"
.
.
.
.
.
Banyakkan Berdoa!

bayk kan lah meminta kpd Allah..sekiranya korang syg bf/gf korang tu..
jodoh tak kan lari juga kan? tp jgn frust kalau korang takda jodoh pulak..









p/s : apabila cemburu itu hanya didasari dgn sangkaan, tanpa bukti & bersifat melampau 
        batasan, maka ia menjadi tercela & tidak dibenarkan dalam islam. Jika cemburu yang                                    ditunjukkan itu bersikap melampau, ia boleh menyebabkan keretakan hubungan yang dibina.


Terima kasih sudi baca entri kite ((n_n)) suke? klik like!

"Salahkah Aku Cemburu?"


perasaan cemburu paling banyak muncul pada pasangan suami isteri. cemburu juga sinonim dengan sifat seorang wanita. Tapi percaya atau tidak, cemburu boleh dimulakn diman-mana sahaja. ( terutama kepada manusia yang selalu berIRI HATI)....

disebabkan cemburu juga, prasangka akan timbul, persengketaan akn terjadi terutama kepada org yg disayang..adakalanya cemburu juga boleh menyebabkan manusia melakukan tekad..seperti "kematian".
(jgn ikut tau teman2..not nice!)


kali ni cengkih nak kongsi sikit tanda-tanda cemburu...

  • Pasangan anda akan gemar menyelongkar dompet atau beg tangan anda. kadangkala dia akan melakukannya ketika anda tiada atau ketika anda sedang "busy". Perilakunya ini hanyalah untuk memeriksa sama ada anada menyimpan "gambar" orang lain atau memeriksa sebarang "kebarangkalian" diduakan.

  • Pasangan kamu akan sukar untuk percaya apa sahaja alasan yang sudah kamu berikan. Malah dia akan menganggap kamu sedang menyembunyikan sesuatu & sedang mereka-reka cerita. Hah!! lebih parah lagi kalau dia mula membuat andaian sendiri.

  • Pernah tak anda terpaksa melaporkan setiap pergerakan anda? setiap kali nak keluar, pasngan akan tanye kemana? tujuan? pergi dgn siapa? jumpa siapa?? walaupun sebenarnya semua itu menunjukkan 'keperihatinan" sang kekasih, namun harus diingatkan kadang2 ia akan menyebabkan pasangan anda rimas.

  • Bila pasangan anda tak nak ikut ke majlis2 sosial, itu pasti kerana cemburu melihat anda akan berborak dgn org lain & sgt bimbang (kalau2) org lain akan tertarik dgn anda atau sebaliknya..anda akan terpikat dgn 'org lain'.

  • Pasangan anda akan menelefon tak kira waktu walaupun ketika itu anda sedang sibuk bekerja/belajar/kuliah/.... mereka akan bertambah marah sekiranya panggilan mereka tidak disambut malah ini yang akan mengundang pergaduhan dalam perhubungan.

  • Pasangan tidak akan menerima hakikat bahawa anda sedang membuat kerja lebih masa, walaupun anda sudah memberitahu yang anda akan pulang lewat ( khas wat suami isteri).. pasangan anda akan bermasam muka.. =(

  • pasangan juga akan kerap menuduh yang bukan2 dan berprasangka yang melebih=lebih... (hati2 anak2 noh.. ^.^)



p/s : saling PERCAYA kan senang..
        TAPI jgn ambik kesempatan atas dasar KEPERCAYAN PASANGAN...
         not nice tau!!
Terima kasih sudi baca entri kite ((n_n)) suke? klik like!

Yang Wujud & Tak wujud

Perbezaan diantara yang wujud dan tak wujud.. (^_^)


selamat mentelaah! ingat ye murid-murid... ketelitihan amat diperlukan....


Topik 1 : mengenal pasti yang wujud & tak wujud



jentolak -  jencampur??


munasabah - munasarawak??


cerekarama - cerekakupu??

     laksamana - meemana??

pengurus - pengemuk??

cakerawala - cawala??


melayu    -   mekembang?


   tanggungjawab - tanggungsoal?





nasihat - nasakit?


pendekar - panjangar??

semalam - sesiang??



panglima - pangenam??

tandatangan - tandakaki??

     kadangkala - kadangjengking??

cenderamata - cenderahidung??



shahbandar - shahkampung??







Terima kasih sudi baca entri kite ((n_n)) suke? klik like!

Cinta Luar Biasa ^.^





Cinta luar biasa...
cinta seorang kekasih kepada umatnya...
hingga pada henbusan nafasnya yang terakhir...
lidah Rasulullah menuturkan tanpa henti..
ummati..ummati..ummati..

cinta luar biasa...
kisah hanadzalah..
meniggalkan isteri di malam pernikahan..
lantaran menyahut seruan jihad..
akhirnya syahid di medan perjuangan..

cinta luar biasa..
kisah kesetiaan Abu Bakar..
kasih seorang sahabat yang tiada tandingan..
insan yang sentiasa membenarkan.. 
sewaktu kata-kata Rasulullah dipersendakan..

cinta luar biasa..
seteguh kasih khadijah..
tak pernah jemu memberi sokongan..
rela mengorbankan segala kemewahan..
disaat Rasulullah dan Islam dipinggirkan..



cinta luar biasa...
kisah ketabahan Hajar..
ditinggalkan di tanah yang gersang bersama Ismail..
bukti kasih sayang seorang ibu berlarian mencari air..
tatkala mendengar tangisan si anak kecil





cinta luar biasa..
umpama keberanian Ali..
di malam penghijrahan Nabi..
menggantikan Rasulullah di tempat tidurnya..
walaupun jiwa menjadi taruhan..

cinta luar biasa...
insan pilihan yang berada diatas jalanNya...
netapa tulusnya kasih, teguhnya jiwa..

redha dan sabar...
menempuh segala ujian...
merekalah insan yang memahami erti kemanisan iman..




p/s: mampukah diri ini meraih cinta luar biasa??
      renung2kan lah... =)

Terima kasih sudi baca entri kite ((n_n)) suke? klik like!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
This is Bunga Cengkih Blog Originally From http://takheranlangsung.blogspot.com/