Selamat Hari Ibu... Mak...

Assalamualaikum..

Rindu kat mak la.. mak sedang wat apa ya?? pulang raya nanti mau "susahkan" mak puas-puas.. haha
(maksud aku mau mak masak sedap2 laa) :D
Selalu kalau mak masak mesti sedap.. mak mana yang kalau masak tak sedap? :) Sejak duduk belajar ni, skill memasak aku dah "berkarat".. jangan periuk belanga kuali sudu kat dapur tu semua ikut berkarat sekali dah la.. habisss.. Bapa pun skg wat apa agaknya.. rindu mau tengok bapa.. semua sekali la aku rindu.. maklumlah dah 10 bulan aku disemenanjung..tak sabar mau pulang sabah.. yeahhh.. i can't wait.. 


Hari Ibu.. aku rasa tak salah nak sambut hari ibu.. memanglah hari-hari pun boleh dijadikan sebagai hari ibu... pilihlah hari yang mana satu kita suka.. tapi jangan sampaikan akhlak kita terpesong, ok? kenapa aku cakap macam ni? sebab setiap kali hari ibu atau hari bapa.. akan keluarlah banyak "post"2 yang mengaitkan hari-hari ni dengan ketuhanan atau yang sewaktu dengannya ( tak leh sebut agama lain, islam melarang umatnya mencaci apatah lagi menghina agama lain) yang mengatakan sesiapa yang merayakan atau menyambut hari-hari tersebut dikategorikan sebagai murtad?? (err??) 
Aku ni bukannya orang yang celik agama, tapi menurut pandangan dan persepsi aku lah.. tak salah nak sambut cuma macam yang aku dah cakap "jangan sampai akhlak kita terpesong dari landasannya.."

Sempena Hari Ibu ni, semoga semua Ibu-ibu mendapat tempat di sisiNya di akhirat kelak.. amin..
Hanya rintihan syahdu yg dapat ku lontarkan dari lubuk hatiku yg paling dalam mak... ayu syg mak... (T_T)


Azimat Ibunda



langit kirmizi menghantar dirimu menuju jln pulang
hari-hari indah bersamamu bertabur di tanah kenangan
wajah berona simpati kau tatapi buat kali t'akhir
sedih & sayu dari kamar atma mengundang air mata

Hanya rindu & doa buatmu
semoga kau tenang dan bahagia 
agar syurga menjadi milikmu bukan hanya di telapak kakimu

menumpang di segenap ruang yg ada di lubuk p'kasihan
begitu indah setiap detik di dlm rahimmu 
sehingga teramat asyik setiap saat di pangkuanmu 
keperitan itu kau rasa indah demi anakmu

setitis air mata ibu yang gugur kerana kesedihan 
segaris luka di hati ibu kerna kederhakaan 
tertutup pintu syurga jika tiada keampunannya
azimat ini ku tanam di lubuk hati yg dalam

di tirai malam aku bersandarkan pada dinding kepiluan
bersenandungkan merdu suara alam terlena di rajutan rindu
tiada yg terindah didunia dapat mengganti hilangmu
pilahan yg terbaik takkan dapat mengisi relung hatimu


p/s : sayangilah ibu kita dengan mendoakan kesejahteraan beliau di dunia dan akhirat. Amin.






                                                              


Terima kasih sudi baca entri kite ((n_n)) suke? klik like!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
This is Bunga Cengkih Blog Originally From http://takheranlangsung.blogspot.com/