YOU!..Happy Diwali FRIENDS!






Assalamualaikum.. and Salam 1 malaysia.. of coz :)


haiii.. :) lama tak update blog! memang malam ni malam bertuah keyboard notebook aku sebab jari jemari aku yang gendut ni nak juga menaip something akhirnya.. taraaaa! haha.. ni la akibatnya kalau tekena penangan MR.CAFFEINE.. sedih! hihi.. ok! jum buat entri yang bermanfaat kali ni..


sempena esok deepavali.. aku nak ucap "HAPPY DIWALI" kepada semua penganut hindu yang merayakan perayaan ini. :) Especially to SHANTINI SHANMUGA SUNDARAM.. one of my besties ever ( or my lolol XD ) thank you dear.. sebab sudi jadi kawan I selama kita study kat MSU ni :) The talkactive friend that i have ever! bila YOU tak dtg kelas (hehe) group kitorang sunyi :) thanks tor being such a lovely friend, lob u ((n_n)) ok, entri ni dah menggunakan bahasa rojak malanglish.. SORRY! :D




Bukan senang nak cari kawan yang sentiasa ada disisi kita waktu kita gembira mahupun sedih. Bagi kami, muslim.. sejak dulu lagi kami digalakkan untuk memilih kawan dan ini bukan bermaksud kami hanya memilih mengikut taraf.. tidak sama sekali, tetapi memilih untuk kebaikan, memilih untuk rujukan, memilih untuk panduan dan pedoman untuk masa hadapan. Salah memilih kawan sama seperti memilih untuk menghancurkan masa hadapan, kerana kawan adalah "diri kedua" kita selepas ibu bapa.. 





Banyak erti yang tersirat di dalam perkataan KAWAN, tetapi ramai yang menjadikan kawan itu LAWAN dengan berkelakuan seperti ini:

  • Berada disamping 'kawannya' ketika senang dan berpaling jika sebaliknya.
  • Melarikan diri daripada masalah yang dilakukan kepada 'kawannya' malah semakin menuding jari!
  • Memalukan 'kawannya' dengan meng'update' status yang menimbulkan amarah dan aib seseorang itu di laman sesawang.
  • Menggunakan 'kawannya' atas dasar kepentingan diri sendiri. baginya kawan itu alat kesenangan hidup.
  • Mempunyai perasaan dengki atau iri hati terhadap 'kawannya'.
  • Membuka aib 'kawannya' dengan menjajah cerita dari satu 'mulut' ke 'mulut' yang lain.
  • Membiarkan 'kawannya' melakukan kesilapan.
  • Bangga melihat 'kawannya' hanyut dan leka dengan hiburan dunia.
  • Gembira merampas/mengambil sesuatu kepunyaan 'kawannya' tanpa berasa bersalah.
  • Tidak sekali-kali terdetik ingin membantu sekiranya 'kawannya' ditimpa musibah.


Dimanakah kita? :) kawan yang baik merupakan seseorang yang bertentangan dengan tingkah laku di atas.. namun sekiranya kita ditakdirkan mempunyai kawan seperti di atas, cuba untuk bersabar, belajar menerima, cuba untuk menasihati dan berdoa, InsyaAllah.. mereka akan berubah :) 


mencari lawan memang mudah, tetapi mencari "kawan" ibarat mencari jarum dalam serami :) 

Hargailah kawan anda.. Selamat Menyambut Deepavali kepada warga Malaysia sekali lagi.. 


~ To all my besties, i love u all ~
Friends Forever

















p/s: gambar affni takde.. dia tak suka publish gambar ni, nanti dia marah :) "aku kan kawan yang baik" haha.





Terima kasih sudi baca entri kite ((n_n)) suke? klik like!

2 comments:

This Is Bunga Cengkih Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
This is Bunga Cengkih Blog Originally From http://takheranlangsung.blogspot.com/