perasaan cemburu paling banyak muncul pada pasangan suami isteri. cemburu juga sinonim dengan sifat seorang wanita. Tapi percaya atau tidak, cemburu boleh dimulakn diman-mana sahaja. ( terutama kepada manusia yang selalu berIRI HATI)....
disebabkan cemburu juga, prasangka akan timbul, persengketaan akn terjadi terutama kepada org yg disayang..adakalanya cemburu juga boleh menyebabkan manusia melakukan tekad..seperti "kematian".
(jgn ikut tau teman2..not nice!)
kali ni cengkih nak kongsi sikit tanda-tanda cemburu...
- Pasangan anda akan gemar menyelongkar dompet atau beg tangan anda. kadangkala dia akan melakukannya ketika anda tiada atau ketika anda sedang "busy". Perilakunya ini hanyalah untuk memeriksa sama ada anada menyimpan "gambar" orang lain atau memeriksa sebarang "kebarangkalian" diduakan.
- Pasangan kamu akan sukar untuk percaya apa sahaja alasan yang sudah kamu berikan. Malah dia akan menganggap kamu sedang menyembunyikan sesuatu & sedang mereka-reka cerita. Hah!! lebih parah lagi kalau dia mula membuat andaian sendiri.
- Pernah tak anda terpaksa melaporkan setiap pergerakan anda? setiap kali nak keluar, pasngan akan tanye kemana? tujuan? pergi dgn siapa? jumpa siapa?? walaupun sebenarnya semua itu menunjukkan 'keperihatinan" sang kekasih, namun harus diingatkan kadang2 ia akan menyebabkan pasangan anda rimas.
- Bila pasangan anda tak nak ikut ke majlis2 sosial, itu pasti kerana cemburu melihat anda akan berborak dgn org lain & sgt bimbang (kalau2) org lain akan tertarik dgn anda atau sebaliknya..anda akan terpikat dgn 'org lain'.
- Pasangan anda akan menelefon tak kira waktu walaupun ketika itu anda sedang sibuk bekerja/belajar/kuliah/.... mereka akan bertambah marah sekiranya panggilan mereka tidak disambut malah ini yang akan mengundang pergaduhan dalam perhubungan.
- Pasangan tidak akan menerima hakikat bahawa anda sedang membuat kerja lebih masa, walaupun anda sudah memberitahu yang anda akan pulang lewat ( khas wat suami isteri).. pasangan anda akan bermasam muka.. =(
- pasangan juga akan kerap menuduh yang bukan2 dan berprasangka yang melebih=lebih... (hati2 anak2 noh.. ^.^)
p/s : saling PERCAYA kan senang..
TAPI jgn ambik kesempatan atas dasar KEPERCAYAN PASANGAN...
not nice tau!!


0 oo panda yang cumil (^_^):
Post a Comment